Wednesday, January 21, 2015

Tuan Rumah Lelong Barang Peribadi Rumah Yassin (SYJ)


Gara-gara tidak membayar sewa, barangan peribadi pelawak Yassin telah dilelong tuan rumahnya sendiri..

Tuan rumah bertindak melolong barang-barang rumah pelawak itu apabila dia dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah didiami mereka...

Mungkin kerana sudah lama bersabar, akhirnya selepas lima bulan, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci kediaman itu serta-merta..

Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut..

Menurut laporan Utusan Online, tuan rumah berkata, walaupun kediaman telah dikunci, Yassin tidak langsung menghubunginya untuk melangsaikan hutang yamg tertunggak sebanyak RM30,000..

Bagaimanapun selepas dua bulan kediaman dikunci, Yassin ada menghubungi tuan rumah untuk bertanyakan mengenai barang-barangnya yang ditinggalkan itu..

Namun usaha Yassin itu agak terlewat kerana tuan rumah telah mengambil keputusan melelong kesemua barang tersebut..

Tambahan lagi amaran telah diberitahu terlebih dahulu..

Disebabkan kegagalan Yassin melangsaikan duit sewa, pemiliknya terpaksa menjual rumah tersebut sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu..

Kata tuan rumah itu lagi, dia juga tidak menyangka Yassin sanggup buat begitu, kerana pada mulanya dia beranggapan menyewakan rumah kepada seorang selebriti tidak akan mendatangkan masalah.

Tambahan lagi sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan..

Sumber: Utusan Online.

0 comments :

Post a Comment