Saturday, January 24, 2015

Subhanallah!!! TGNA lakukan sesuatu semasa PENGSAN


#Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

#Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

#Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.

#Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

#Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

#Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

#Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...

Sumber : http://kisahsekitarkita.blogspot.com/

Emma Maembong Ceritakan Kisah Menyayat hati mengenai BAPAnya...


Pelakon terkenal, Emma Maembong merupakan seorang anak yang melebihkan ayahnya dalam apa sahaja situasi walaupun terdapat beberapa kontroversi yang melibatkan keluarganya....

Aktres jelita itu telah berkongsi satu gambar menerusi akaun Instagram peribadinya dengan caption yang sangat menyayat hati mengenai bapanya.....


Sumber : http://www.trendmalaya.com/

GEMPAR!!! Anzalna Nasir Nyaris DI JUAL MAT SALLEH ???


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan  pelakon jelita Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.

Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.

Sumber : http://www.trendmalaya.com/

WOW!!! Jom Tengok 5 Gambar Fathia Latiff terlajak Cantik di majlis pelancaran haruman baru Avon


Wow... sesungguhnya penampilan Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight baru-baru ini begitu memukau dan terlampau cantik...

Fathia bukan sahaja memiliki ketinggian sebagai seorang model produk malah mempunyai raut wajah yang jelitawan serta bentuk badan yang solid...

Ramai wanita di luar sana tentu teruja untuk memiliki pakej bentuk badan dan wajah seperti Fathia namun itulah anugerah yang diberikan Allah kepada pelakon berusia 28 tahun itu...

Jom, layan 5 keping gambar terkini Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight...




Sumber : http://www.trendmalaya.com/

HOT!!! Adik Neelofa Mengamuk Di Instagram


Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neelofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.

Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tangan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut dengan bahasa yang sedikit kasar...

Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibuang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang...

Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya. ..

Sumber - Siakapkeli.com.my

Friday, January 23, 2015

Anda Pasti Terkejut Apa Lelaki Ini Pakai Di Kepala Ketika Menaiki Keretapi !!!


BEIJING – Gara-gara menyarungkan kulit tembikai di kepala ketika menaiki keretapi, seorang lelaki kini menjadi selebriti media sosial.

Lelaki itu turut menebuk lubang di bahagian mata dan hidung ketika menyarung tembikai tersebut hingga mengundang ketakutan kepada penumpang keretapi terbabit, terutama pada waktu tengah malam.

Penduduk tempatan cuba mengenalpasti identitinya namun belum berhasil.

Manakala penumpang yang ketakutan dengan imej menakutkan itu telah memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan kemudiannya melaporkan kepada polis.

“Lelaki itu menaiki keretapi dengan topeng tembikai di muka bersama dengan botol minuman keras di tangannya.

“Adalah jelas dia sebenarnya mabuk,’’ demikian komen penumpang keretapi tersebut yang terpaksa menaiki keretapi itu bersama lelaki tembikai berkenaan. -Sumber

PANAS !!! Inilah PUNCA Asfan Di Ugut Bunuh ...


KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia itu dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung...

Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati....

Rentetan itu, Asfan turut diugut bunuh dan dibakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim...

Semalam, Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya...

"Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah akan datang...

"Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri...

"Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni...

"Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak juga ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial," katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/