Wednesday, January 21, 2015

PANAS!!! "Tidak Ambik Kisah Tomahan Chef Wan"...


Kuala Lumpur: “ Saya tidak ambil pusing tomahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan.

“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau terkenal dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Ahli perniagaan itu menerima kecaman hebat, malah menjadi bahan sindiran pelbagai pihak yang rimas dengan kemunculannya dan iklannya pada Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Ahad lalu.

Beliau menyifatkan tomahan diterima sebagai provokasi untuk menjatuhkan perniagaannya...

“Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tomahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.

“Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini...

Menurutnya, apa yang berlaku kepadanya adalah dugaan dan ada hikmah kerana baginya pelbagai rintangan dan cabaran adalah lumrah untuk mencapai kejayaan.

Katanya, dia pernah berdepan dugaan lebih besar sebelum ini apabila kehilangan dua anak tersayang dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013...

“Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

“Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu ,” katanya...

Sementara itu, Chef Wan berkata, sebagai penonton, dia berhak memberi pandangan...

“Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.

“Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang...

“Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa,” katanya ketika dihubungi, hari ini...

Sumber: http://www.hmetro.com.my

0 comments :

Post a Comment