Monday, January 19, 2015

Caliph Buskers!!! Tolak tawaran jadi artis...


Tirai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) telahpun berlabuh kelmarin, namun beberapa isu dan kontroversi terus melanda program terbitan TV3 itu. Selain ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemenangan lagu 'Apa Khabar', terdapat juga isu sokongan terhadap kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers. .

Kesempatan mereka berkolaborasi dengan kumpulan Mojo di pentas final AJL29 kelmarin, tiba-tiba ada pihak yang tersalah anggap mendakwa semua pemuzik jalanan seperti mereka adalah peminta sedekah. .

"Pandangan sesetengah masyarakat terhadap orang celik dan buta berbeza. Apabila kami busking, ada yang anggap kami ini peminta sedekah tetapi kami bersyukur selepas ditawarkan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kami terus membuat persembahan.

"Kami mahu bersaing secara sihat dengan busker lain dan kami mahu masyarakat menilai muzik kami seperti mana mereka menilai muzik orang-orang celik. Bukan saja kami tetapi mungkin bakat golongan OKU lain.

"Menerusi AJL29, kami jadikan ia sebagai peluang untuk membuktikan orang macam kami juga mampu bersaing dan berharap masyarakat boleh menukar tanggapan terhadap kami bukan seperti yang difikirkan," ujar salah seorang anggota kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Zaki dipetik sebagai berkata kepada MalaysianDigest. ..

"Ketika busking, kami selalu juga nyanyikan lagu-lagu Melayu termasuk lagu Mojo tetapi kami tidak pernah terfikir beraksi di AJL29. Rasa macam mimpi dan kami bukan artis sekadar busker sahaja...

"Edry memberi semangat pada kami untuk beraksi sehingga keyakinan kami bertambah. Selepas itu kami berjumpa dan berbincang seterusnya setuju untuk kami terus memulakan latihan selama dua minggu. ..

"Kami akan terus busking seperti biasa. Alhamdulillah, jika pihak KRU mahu mengambil kami sebagai artis mereka tetapi kami rasa kami tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai pekerjaan lain. ..

"Busking sekadar mencari pendapatan sampingan dan berkongsi bakat kami pada umum," tambahnya






Sumber : http://www.myartis.com/

0 comments :

Post a Comment