Saturday, January 24, 2015

Subhanallah!!! TGNA lakukan sesuatu semasa PENGSAN


#Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

#Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

#Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.

#Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

#Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

#Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

#Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...

Sumber : http://kisahsekitarkita.blogspot.com/

Emma Maembong Ceritakan Kisah Menyayat hati mengenai BAPAnya...


Pelakon terkenal, Emma Maembong merupakan seorang anak yang melebihkan ayahnya dalam apa sahaja situasi walaupun terdapat beberapa kontroversi yang melibatkan keluarganya....

Aktres jelita itu telah berkongsi satu gambar menerusi akaun Instagram peribadinya dengan caption yang sangat menyayat hati mengenai bapanya.....


Sumber : http://www.trendmalaya.com/

GEMPAR!!! Anzalna Nasir Nyaris DI JUAL MAT SALLEH ???


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan  pelakon jelita Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.

Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.

Sumber : http://www.trendmalaya.com/

WOW!!! Jom Tengok 5 Gambar Fathia Latiff terlajak Cantik di majlis pelancaran haruman baru Avon


Wow... sesungguhnya penampilan Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight baru-baru ini begitu memukau dan terlampau cantik...

Fathia bukan sahaja memiliki ketinggian sebagai seorang model produk malah mempunyai raut wajah yang jelitawan serta bentuk badan yang solid...

Ramai wanita di luar sana tentu teruja untuk memiliki pakej bentuk badan dan wajah seperti Fathia namun itulah anugerah yang diberikan Allah kepada pelakon berusia 28 tahun itu...

Jom, layan 5 keping gambar terkini Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight...




Sumber : http://www.trendmalaya.com/

HOT!!! Adik Neelofa Mengamuk Di Instagram


Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neelofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.

Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tangan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut dengan bahasa yang sedikit kasar...

Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibuang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang...

Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya. ..

Sumber - Siakapkeli.com.my

Friday, January 23, 2015

Anda Pasti Terkejut Apa Lelaki Ini Pakai Di Kepala Ketika Menaiki Keretapi !!!


BEIJING – Gara-gara menyarungkan kulit tembikai di kepala ketika menaiki keretapi, seorang lelaki kini menjadi selebriti media sosial.

Lelaki itu turut menebuk lubang di bahagian mata dan hidung ketika menyarung tembikai tersebut hingga mengundang ketakutan kepada penumpang keretapi terbabit, terutama pada waktu tengah malam.

Penduduk tempatan cuba mengenalpasti identitinya namun belum berhasil.

Manakala penumpang yang ketakutan dengan imej menakutkan itu telah memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan kemudiannya melaporkan kepada polis.

“Lelaki itu menaiki keretapi dengan topeng tembikai di muka bersama dengan botol minuman keras di tangannya.

“Adalah jelas dia sebenarnya mabuk,’’ demikian komen penumpang keretapi tersebut yang terpaksa menaiki keretapi itu bersama lelaki tembikai berkenaan. -Sumber

PANAS !!! Inilah PUNCA Asfan Di Ugut Bunuh ...


KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia itu dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung...

Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati....

Rentetan itu, Asfan turut diugut bunuh dan dibakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim...

Semalam, Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya...

"Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah akan datang...

"Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri...

"Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni...

"Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak juga ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial," katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/

Thursday, January 22, 2015

PANAS!!! Aisyah Kene Tinggal, Che Ta BAYAR NAZAR ??


Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) akui terpaksa tinggalkan anak perempuan kesayangannya Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia tiga bulan untuk menunaikan nazar...

Menurut Che Ta, sebelum ini dia pernah bernazar untuk mengerjakan umrah sekiranya hamil lagi selepas berkahwin...

“Memang agak sukar nak tinggalkan Aaisyah lebih-lebih lagi dengan usianya yang baru tiga bulan.

“Tapi saya terpaksa juga tinggalkan dia kerana perlu menunaikan nazar iatu sekiranya hamil lagi selepas berkahwin, saya akan buat umrah bersama suami...

“Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah dan ini adalah kali pertama saya buat umrah bersama Zain,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro pada Jumaat..

Aktres cantik ini juga memberitahu agak sukar baginya untuk berenggang dengan Aaisyah kerana masih kecil..

“Sebelum ini pun saya tolak tawaran berlakon kerana terasa susah nak tinggalkan anak yang masih kecil.

“Malah jika saya ada kerja luar pun saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa Aaisyah jika berpeluang.

“Kadang-kadang saya keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun pasti saya akan hubungi keluarga untuk tahu perkembangan Aaisyah,” ujarnya..

Tambah Che Ta lagi, Aaisyah akan dijaga oleh keluarganya sepanjang dua minggu ketiadaan mereka.

"Sebenarnya emak saya suruh bawa Aaisyah sekali kerana dia bukanlah bayi yang banyak ragam..

“Cuma berdasarkan cerita rakan saya, di sana banyak habuk jadi saya putuskan untuk tinggalkan dia dengan keluarga.” tambahnya.

Pasangan ini akan mengerjakan umrah pada 20 Februari depan.

Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren' (3 Gambar)


Waahhh... boleh tahan Akim ni bergurau mengenai 'girlfriend'. Kami fikir Stacy yang ikut Akim ke Tanah Suci Mekah tadi... rupa-rupanya ibu tersayang.

Meskipun gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL), namun rezeki manusia siapa tahukan? Menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebenarnya satu hadiah lebih besar daripada Allh SWT buat Akim.

Jom tengok!


Sumber : http://bloghiburanterkini.blogspot.com/

PANAS!! Keluarga Emma Maembong Kini Masuk Program Realiti?


Cakap sahaja mengenai Emma Maembong pastinya ramai teringat akan kekasih hatinya, Zizan Razak. Namun kami hari ini bukan nak bercerita mengenai hubungan Emma dan Zizan, tetapi kisah Emma dan 1o adik beradiknya yang khabarnya bakal muncul dengan rancangan realiti sendiri!..

Rasanya semua sedia maklum tentang adik beradik Emma yang rata-rata terlibat dalam bidang seni. Emma, Chacha, Syikin dan Yaya terkenal sebagai pelakon malah abang mereka Bakri seorang pemain muzik...

Jadi atas sebab itu lah sebuah saluran televisyen dikhabarkan sudah ada rancangan untuk membuat program realiti mengenai adik beradik Emma ala-ala Keeping Up With Kim Kardashian! Wah, pasti ramai peminat yang ternanti-nanti akan program ini..

P/S : Rasanya ayah Emma, Ismail Embong yang mempunyai ramai pengikut di laman Facebook pun akan terlibat dengan program ini. Baru lah banyak drama dan kontroversi! Korang rasa apa tajuk yang sesuai untuk program baru ini? The Maembongs?.

Sumber : ohbulan.com

( Zul Ariffin ) Hero Rindu Awak 200%, Semakin Kekwat?


Mesti ramai yang dok tergila-gilakan aktor kacak berbandan sado si Zul Ariffin ni bukan? Yelah selepas drama bersiri Rindu Awak 200% nama pelakon kacak ini semakin melonjak-lonjak dan dikenali ramai...

Bukan nama sahaja melonjak, malah anak-anak gadis dan mak-mak budak pun turut tergila-gilakan si Zul Ariffin ni. Wah untunglah, jadi tumpuan wanit dan anak gadis di luar sana kan?.

Tapi ada satu cerita yang tak sedap didengar baru-baru ini yang mengatakan si Zul Ariffin kini sudah semakin kekwat dan susah untuk bekerjasama jika orang produksi menghubungi untuk menawarkannya berlakon dalam sebuah drama...

Dengarnya, Zul kini merasakan dirinya seorang pelakon yang punya taraf yang tinggi  sehingga produser sahaja yang boleh menghubunginya serta berurusan dengannya. Amboi betul ke ni? Macam tak percaya je?.

Bukan itu sahaja, Zul juga didakwa hanya memilih tawaran berlakon dalam drama dari slot tertentu sahaja demi menjaga status dirinya sebagai seorang pelakon yang sudah terkenal...

Tak dapat nak pastikan cerita ini, diharap cerita ini tidak benarlah kerana tidak semua orang suka dengan sikap begitu.

Apa-apa pun doakan semoga maju jaya kepada Zul untuk kerjaya seni lakonannya..

Sumber : murai.com.my

Wednesday, January 21, 2015

PANAS !!! Jom tengok Kenapa Elfira Loy Sentap di Intagram...



Foto itu dimuat naik oleh Elfira pada Selasa beserta dengan kapsyen yang berbunyi:



Foto yang dimuat naik oleh Elfira ketika mereka berada di sebuah lapangan terbang.


Disebabkan kapsyen tersebut ramai yang membuat andaian bahawa pelakon itu sentap dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pengikut Instagramnya yang mengatakan bahawa dia seorang ‘kaki selfie’...

Tidak cukup dengan itu, di ruangan komen timbul pula dakwaan seorang wanita terhadap sikap Elfira yang dikatakan terlalu sombong sehingga tidak mengendahkan peminat yang ingin bergambar bersamanya...

Wanita yang hanya dikenali sebagai Shaza itu berasa kesal dengan sikap Elfira sebagai seorang artis yang tidak mesra dengan permintaan peminat...

"Tadi iolss nampak uolss dekat tempat luggage klia. iolss dtg dgn member nak snap pic je kott..tapi semua buat bodoh. except kak jihan. ni ke artis Malaysia. baru artis Malaysia.belum jd artis international lagi. artis international pun x mcm ni. sorry to say. bye @elfiraloy" tulis Shaza..

Lebih parah lagi apabila seorang lagi pengikut Instagram iaitu Bella seakan-akan cuba mengeruhkan keadaan dengan komen yang berbunyi:

"Eh you tak tahu ke artis malaysia ni ala ala glamorous kalah beyonce okays."

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Elfira apabila aktres itu tampil membalas tuduhan wanita tersebut di ruangan komen.



Sumber : kamithemedia.blogspot.com 

PANAS!!!! Terkejut beruk tengok perubahan mendadak penampilan ina naim bekas tunang mawi... Perubahan yang tak disangka!!!


Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.



Sumber : http://sensasihiburan21.blogspot.com/

(4 Gambar ) Anda Pasti Terkejut Apa yang Tersangkut Pada Pukat Nelayan ini !!!


VICTORIA - AUSTRALIA: Sekumpulan nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia berjaya membawa naik sekor ikan jerung yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan jerung tersebut atau digelar sebagai Frilled Shark mempunyai bentuk badan seperti seekor belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ketua Eksekutif Persatuan Perikanan Tunda Tenggara (SETFA) berkata, ini adalah kali pertama ikan tersebut ditangkap dalam keadaan yang masih hidup.

Bagaimanapun, ikan tersebut dipercayai telah dijual oleh nelayan itu.



Sumber :  Siakapkeli.com.my

PANAS!!! "Tidak Ambik Kisah Tomahan Chef Wan"...


Kuala Lumpur: “ Saya tidak ambil pusing tomahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan.

“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau terkenal dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Ahli perniagaan itu menerima kecaman hebat, malah menjadi bahan sindiran pelbagai pihak yang rimas dengan kemunculannya dan iklannya pada Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Ahad lalu.

Beliau menyifatkan tomahan diterima sebagai provokasi untuk menjatuhkan perniagaannya...

“Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tomahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.

“Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini...

Menurutnya, apa yang berlaku kepadanya adalah dugaan dan ada hikmah kerana baginya pelbagai rintangan dan cabaran adalah lumrah untuk mencapai kejayaan.

Katanya, dia pernah berdepan dugaan lebih besar sebelum ini apabila kehilangan dua anak tersayang dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013...

“Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

“Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu ,” katanya...

Sementara itu, Chef Wan berkata, sebagai penonton, dia berhak memberi pandangan...

“Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.

“Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang...

“Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa,” katanya ketika dihubungi, hari ini...

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Gambar Detik Akhir 5 Wanita Cantik Sebelum Di Hukum Mati


Kesalahan sentiasa dilakukan sesiapa sahaja yang hidup didunia ini, dan jika melakukan kesalahan pastinya kita akan mendapatkan hukuman, semakin besar kesalahan tersebut maka semakin besar pula hukuman yang akan kita dapatkan. Hukuman akan tetap berlaku walaupun mereka mempunyai wajah yang rupawan, begitu juga bagi 5 wanita cantik ini yang mendapatkan hukuman terakhir yakni hukuman mati.

1. Ren Xue (Atas)

Ren Xue merupakan gadis berusia 19 tahun yang mempunyai kisah hidup yang sangat tragis. Dia menjadi suspek pembunuhan seorang anak jutawan pengurus perlombongan emas. Beliau melakukan pembunuhan ini kerana Ren sering mendapat penganiayaan dan hamba seks. Sebelum Ren dihukum mati, dia telah pun mengandungkan anak kepada anak jutawan tersebut.


2. Liu Jingfeng

Liu Jingfeng merupakan wanita cantik kedua yang dikenakan hukuman mati. Dia dihukum mati kerana kes pembunuhan yang dilakukannya, hal ini sama dengan kes dari Ren Xue yaitu Liu diseksa oleh majikanya sehingga hamil, Liu merasa kesal kemudian membakar rumah majikanya yang bernama Hu. Akibat kebakaran tersebut majikanya meninggal dunia. Liu Jingfeng akhirnya di kenakan hukuman mati..


3. Tao Jing

Tao Jing merupakan wanita yang mempunyai paras yang sangat cantik, akan tetapi dia dipergunakan oleh kekasihnya. Dia dipaksa untuk menyeludup dadah dalam jumlah yang besar ke negara lain, Beliau di tangkap di lapangan terbang, Tao Jing akhirnya dikenakan hukuman mati, pada tahun 1991 ketika usianya genap 20 tahun Tao Jing dihukum mati...


4. Feng

Kes Feng sebenarnya hampir sama dengan kes dari Tao Jing, dia di kenakan hukuman mati kerana terjerat kes dadah, sebenarnya Feng tahu bahawa perbuatannya ini salah akan tetapi dia terlajur jatuh cinta dengan wang yang banyak dari perdagangan dadah ini. Pada usia 21 tahun gadis cantik ini dihukum mati.


5. Song Dan

Wanita cantik ini bernama Song Dan. Sejak umurnya 13 tahun Song sudah mengalami sering di mendapat gangguan seksual oleh gurunya sendiri, bukan sampai disitu sahaja, bertahun-tahun Song dijadikan hamba seks oleh pakciknya sendiri sehingga berusia 18 tahun, bahkan ayahnya sendiri sanggup membiarkan itu semua berlalu dan menganggap Song sebagai aib keluarga...

Di sebabkan pekara tersebut, Song menjadi wanita pemabuk dan pengguna dadah. pada usianya  genap 18 tahun, Song sudah tidak tahan dengan hidup yang selama ini terjadi keatasnya, kemudian beliau membunuh kekasihnya yang ketika itu sedang melakukan seks denganya. Song dikenakan hukuman mati, yang di sabitkan dengan dadah dan minuman keras, Song Dan dihukum mati pada tahun 2005 silam..

WOW !!! Besarnya Labu Air Mak Andam .....


Johor Bahru: Kebun milik seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz besar...

Amira Mukri, 53, berkata, tiga biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu...

Bagaimanapun, dia kecewa apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa rezeki.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak bersebelahan kediamannya.

“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter..

“Beberapa penduduk datang ke kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” katanya. :- Sumber

Tuan Rumah Lelong Barang Peribadi Rumah Yassin (SYJ)


Gara-gara tidak membayar sewa, barangan peribadi pelawak Yassin telah dilelong tuan rumahnya sendiri..

Tuan rumah bertindak melolong barang-barang rumah pelawak itu apabila dia dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah didiami mereka...

Mungkin kerana sudah lama bersabar, akhirnya selepas lima bulan, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci kediaman itu serta-merta..

Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut..

Menurut laporan Utusan Online, tuan rumah berkata, walaupun kediaman telah dikunci, Yassin tidak langsung menghubunginya untuk melangsaikan hutang yamg tertunggak sebanyak RM30,000..

Bagaimanapun selepas dua bulan kediaman dikunci, Yassin ada menghubungi tuan rumah untuk bertanyakan mengenai barang-barangnya yang ditinggalkan itu..

Namun usaha Yassin itu agak terlewat kerana tuan rumah telah mengambil keputusan melelong kesemua barang tersebut..

Tambahan lagi amaran telah diberitahu terlebih dahulu..

Disebabkan kegagalan Yassin melangsaikan duit sewa, pemiliknya terpaksa menjual rumah tersebut sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu..

Kata tuan rumah itu lagi, dia juga tidak menyangka Yassin sanggup buat begitu, kerana pada mulanya dia beranggapan menyewakan rumah kepada seorang selebriti tidak akan mendatangkan masalah.

Tambahan lagi sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan..

Sumber: Utusan Online.

Tuesday, January 20, 2015

PANAS!!! Bawa Adik dalam Bag Plastik Ke Sekolah Nak Tunjuk Kawan


Riyadh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya...

Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah...

Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong...

Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan..

Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. .

Sumber : http://jomkapel.blogspot.com/

Gambar Terkencing Dalam Seluar Jadi Iklan Rumah Hantu


Aukland – Seorang wanita terkejut selepas mendapati gambarnya terkencing dalam seluar ketika berada dalam rumah hantu di taman tema, Spookers kini menjadi iklan taman tema tersebut yang dimuatnaik dalam Facebook...

Dalam iklan berkenaan, Spookers memberitahu sekurang-kurangnya lima orang akan terkencing dalam seluar setiap hari...

Wanita berkenaan yang enggan namanya didedahkan, mendesak Spookers mengeluarkan imej memalukan itu selepas rakannya mengusiknya apabila mengenali baju yang dipakainya..

“Kami berada di rumah hantu di situ dan kami ketawa hinggakan dia hilang kawalan dan terkencing.

“Dia kemudiannya melihat gambar berkenaan dalam Facebook dan tidak gembira dengannya,’’ kata salah seorang saudara wanita tersebut...

Dalam pada itu, Spookers memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan wanita tersebut mengenai perkara berkenaan dan mencapai kata sepakat di mana gambar itu boleh digunakan.

“Spookers amat menghargainya kerana diberikan kebenaran untuk terus menggunakannya. Kami bagaimanapun meminta maaf kepadanya,’’ demikian penjelasan Spookers selepas mendapat kebenaran wanita itu selepas penjelasan diberikan. - Sumber

Ramli Cabar!!! Sponsor AJL30 RM100 juta Sebab kutuk Qu Puteh

Ramli Kata,Juta-Juta Qu Puteh Keluarkan Duit Sponsor AJL30,Orang Senang-senang Kutuk Qu Puteh..

Ya, masih lagi nak sembang tentang penaja utama Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) iaitu produk kecantikan Qu Puteh...

Rasanya korang pun tahu bahawa Qu Puteh telah menerima pelbagai kritikan negatif dari masyarakat kan?

Dalam banyak-banyak kritikan, kami terjumpa pula satu komen positif mengenai Qu Puteh daripada akaun Facebook yang dipercayai milik Datuk Ramli MS...

Kalau korang nak tahu, pedas juga kritikan yang diberikan oleh Ramli MS terhadap golongan yang mengutuk Qu Puteh ni...

Menurut status tersebut, Ramli berkata pengasas produk berkenaan telah mengeluarkan duit berjuta-juta untul program AJL29. Jadi, promosi yang diberi adalah setimpal dengan jumlah wang yang ditawarkan...

Kesian Qu Puteh. Korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh ajl29. Juta-juta duit dia keluar..korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang berniaga camtu la. Apa pun cara dia tu kan dia...

Ramli cabar jika ada nak sponsor AJL30 RM100 juta

Tergamam juga kami dengan cabaran ini. Ada ke pihak yang sanggup nak taja AJL30 nanti dengan jumlah wang sebanyak ini?

Kata Ramli Ms, jika ada pihak yang ingin berbuat demikian, mungkin AJL30 nanti bakal diadakan di Paris dan mampu membawa 10 ribu penonton dari Malaysia untuk menyaksikannya...

Next year siapa yang berani keluar 3 juta nk lawan dia, saya alu-alukan. Sebab production tv3 mesti buat party lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha

Haaa, amacam tergamam tak dengan ‘backup besar’ Qu Puteh ni? Hehe. Sebenarnya, jika difikirkan kembali, ada benarnya kata Ramli ni.

Sumber: http://gajetgujes.blogspot.com/