Sunday, January 18, 2015

Seludup ISTERI dalam Bag Pakaian


London: Seorang lelaki Latvia cuba menyeludup isterinya dalam beg pakaian untuk memasuki Britain selepas permohonannya untuk mendapatkan visa ditolak..

Perbuatan Bogden Croitor terbongkar selepas keretanya ditahan oleh pegawai imigeresen ketika tiba di pelabuhan kereta di Dover, Kent...

Selepas menemui beg itu di dalam kereta, mereka membukanya dan menemui si isteri di dalam beg berkenaan...

Croiter, 30, dibenarkan tinggal di United Kingdom, tetapi isterinya, warga Moldova, sudah dua kali gagal mendapatkan visa untuk memasuki negara itu...

Dia memberitahu pegawai, ketika berada di Calais di utara Perancis untuk menghabiskan hujung minggu bersama isterinya Oktober lalu, wanita itu mengesyorkan supaya dia bersembunyi dalam beg pakaian berkenaan...

Peguam Croitor, Natasha Spreadborough memberitahu Mahkamah Canterbury Crown, isteri anak guamnya sudah berulang kali memohon visa tetapi ditolak...

Croiter dihukum penjara 14 bulan yang ditunda selama dua tahun serta kerja kemasyarakatan tanpa gaji selama 100 jam di samping membayar kos mahkamah sebanyak £400 (RM 2,185). - Agensi

0 comments :

Post a Comment